on Sunday, April 12, 2009

Assalamu’alaikum w.b.t
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah segala puji dan syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT, kerana dapat melaksanakan satu tuntutan lagi iaitu melaksanakan mesyuarat ini. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan pejuang Islam seluruh dunia.
Selamat datang ke Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh kali ke 21 di Dewan Haji Yusuf al-Rawa (DHYAR). Bagi pihak saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh, saya mengalu-alukan kehadiran para tetamu jemputan, perwakilan dan pemerhati ke Mesyuarat Agong kali ini.
Hari ini kita melihat musuh-musuh Islam seluruh dunia bangkit melanyak Islam dan penganutnya, namun amat malang pemuda-pemuda Islam masih dibuai mimpi yang indah. Oleh itu kita perlu memastikan seluruh tenaga pemuda bekerja mengikut keupayaan yang mereka miliki tanpa ada yang tercicir daripada kerja yang mampu dengan alasan lemah yang diciptakan.
“Berangkatlah dalam keadaan merasa ringan atau merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (Al-Taubah 9: 41)
Maka dengan kesedaran itu, saya menyeru kepada diri, saf kepimpinan Pemuda PAS Kawasan dan seluruh kepimpinan jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan agar terus melaksanakan tugas dan tangggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas, bersungguh-sungguh tanpa mengira masa dan tenaga.
Kami Dewan Pemuda PAS Kawasan akan berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada Insya’Allah, usaha, kesabaran, istiqamah dan ketaatan yang tinggi akan membuahkan hasil yang baik pada masa akan datang.
Selamat bermesyuarat kali ke 21. Wassalam

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar.
Hj Mohd Zakaria Hamzah
Ketua Dewan Pemuda PAS
Kawasan Permatang Pauh
(Amanat Ketua Pemuda sempena Mesyuarat Agong DPPKPP
kali ke-21, 12 April 2009)

0 comments:

Post a Comment